Our Feeds

Friday, January 05, 2018

aman

Bukan Tun M yang mahu singkirkan Salleh, kata bekas AG



Bekas peguam negara (AG), Tan Sri Abu Talib Othman sekali lagi berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bertanggungjawab dalam pemecatan ketua hakim negara ketika itu, Tun Salleh Abas.


 Pengesahannya dibuat susulan kenyataan Dr Mahathir semalam yang mengulangi bahawa beliau tidak bertanggungjawab terhadap pemecatan Salleh sehingga mengakibatkan krisis kehakiman pada tahun 1988. 

Walau bagaimanapun, Abu Talib menegaskan bahawa dirinya bukan mempertahankan Dr Mahathir dalam perkara itu. 

Isu itu, menurutnya, adalah "sejarah". 

Abu Talib membuat penjelasan itu susulan Dr Mahathir dalam kenyataannya semalam menyalahkannya kerana menggunakan nama bekas perdana menteri itu untuk memecat Salleh. 

Namun, bekas peguam negara itu bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak menggunakan nama Mahathir kerana perdana menteri itu berperanan dalam penubuhan sebuah tribunal untuk meneliti kes berhubung dakwaan ke atas Salleh. 

Memetik perlembagaan, Abu Talib berkata bahawa tribunal itu hanya boleh ditubuhkan atas perwakilan yang dibuat oleh perdana menteri.



Sumber: https://www.kinitv.com/video/55923O74



Previous
Next Post »