Our Feeds

Tuesday, November 28, 2017

aman

MENGGESA AGAR KU NAN MEMINTA MAAF DAN MENARIK SEMULA KENYATAAN 'Slow-Learner masuk UITM'





Dalam video klip (https://t.co/gMXaaad5lc yang disiarkan oleh media, Ku Nan ada menyebut “Kalau slow-learner, masuk UITM”, ini merupakan satu penghinaan kepada ribuan pelajar yang menuntut di UITM.

Pengorbanan ratusan ribu graduan dan pelajar UITM inilah yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti mereka untuk membangunkan bangsa dan negara.

Dalam Laporan Penarafan Kebolehpasaran Graduan Dunia QS 2018 yang dikeluarkan menyenaraikn UITM adalah antara tiga terbaik di Malaysia. Mampukah universiti “slow-learner” memasarkan graduan mereka pada tahap yang tinggi?

Manakala dalam dunia perdebatan pula, tiga orang tokoh debat yang disegani di pentas dunia datangnya daripada UITM, Mifzal Mohd, Jasmine Ho dan Maizura Mokhsein (Pendebat Terbaik Asia)

Kenyataan dangkal ini tidak sepatutnya datang daripada seseorang yang berstatus menteri, kenyataan yang akan memberikan lebih banyak impak yang negatif terhadap pelajar UITM. Ini akan mengakibatkan diskriminasi yang lebih teruk terhadap mereka.

Dahulu,ratusan pelajar UITM dikerah untuk hadir sambutan ulang tahun partinya. Kini, Ku Nan merendah-rendahkan status mereka. Jelas lagi bersuluh, pelajar ini diperalatkan mereka untuk kepentingan parti sahaja.

Ku Nan sebagai menteri sepatutnya membantu mereka bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Cukuplah dengan tanggapan salah segelintir masyarakat yang memandang rendah dengan keupayaan mereka. Jangan mencurah minyak ke api.

Dengan ini, kami mendesak Ku Nan agar meminta maaf dan menarik semula kenyataan beliau.

Klik link untuk mengesa Ku Nan mohon maaf:



Previous
Next Post »