Our Feeds

Tuesday, November 29, 2016

aman

Demi Sijil Halal JAKIM, Tukar Nama Pretzel Dog Kepada Pretzel Sausage



KUALA LUMPUR - Francais makanan segera Auntie Anne's Malaysia akhirnya akur dengan tuntutan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menukar nama 'Pretzel Dog' kepada 'Pretzel Sausage' demi mendapatkan status halal, lapor Malay Mail.

"Kami susah menukar kepada 'Pretzel Sausage' seperti yang dikehendaki dalam perakuan sijil halal," kata pegawai eksekutif Auntie Anne's Malaysia, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali.


Pada 31 Oktober lalu, Auntie Anne's telah memuat naik kenyataan di laman Facebooknya yang menyatakan bahawa pihaknya perlu menukar nama menu itu bagi mendapatkan sijil halal dari JAKIM.

Malah Auntie Anne's menjelaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan oleh premisnya adalah dibeli dari pembekal yang mempunyai sijil halal dari JAKIM.

JAKIM sebelum ini juga menafikan dakwaan bahawa pemohonan sijil halal Auntie Anne's ditolak berikutan perkataan 'dog' pada menunya dan menyalahkan pihak media yang membangkitkan kemarahan orang ramai.

Pengarah bahagian halalnya, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, permohonan sijil halal Auntie Anne's ditolak kerana permohonan mereka yang tidak lengkap.



Previous
Next Post »